QSO
TEKNIK ASAS ‘QSO’ RADIO AMATUR
1. ABC memanggil XYZ :
- 9W2 XYZ (2x), 9W2 ABC …. calling and standing-by.
- 9W2 XYZ (2x), 9W2 ABC …. panggilan over.
2. ABC memanggil mana-mana stesen :
- Memanggil mana-mana stesen yang mendengar, 9W2 ABC – standing-by.
3. XYZ menjawab panggilan ABC :
- 9W2 ABC, 9W2 XYZ standing-by.
4. XYZ menyerah giliran kepada ABC :
- 9W2 ABC, 9W2 XYZ …. over.
- 9W2 ABC, 9W2 XYZ …. standing-by.
5. ABC mengambil giliran daripada XYZ :
- 9W2 XYZ, 9W2 ABC kembali.
- 9W2 XYZ, 9W2 ABC returning.
6. XYZ ingin membuat ‘radio check / signal check’ :
- Dipersilakan mana-mana stesen yang mendengar, di sini 9W2 XYZ mohon radio check….standing-by.
7. ABC memberi ‘signal report’ (laporan pancaran) untuk XYZ :
- 9W2 XYZ, 9W2 ABC …. menerima audio anda ‘5 dan 9’ …. over.
8. ABC ingin turut serta dalam QSO :
- Contact … 9W2 ABC standing-by.
- 9W2 ABC … contact.
- 9W2 ABC … join.
( Sila mencelah selepas mendengar ‘over’ atau ‘standing-by’ )
9. XYZ memberi peluang ‘contact / breaker’ untuk turut serta :
- Dipersilakan rakan contact, 9W2 XYZ standing-by.
- Dipersilakan breaker, 9W2 XYZ standing-by.
10. ABC ingin keluar dari QSO dengan XYZ :
- 9W2 XYZ, 9W2 ABC mohon keluar jaluran – 73 – clear.
- 9W2 XYZ, 9W2 ABC, QRX – 73 – clear.
- 9W2 XYZ, 9W2 ABC, signing off dan mendengar putaran akhir dari anda – 73 – clear.
HAL-HAL LAIN :
1. Kurangkan penggunaan kod ‘Q’.
2. Kurangkan penggunaan fonetik seperti KILO TANGGO, TANGGO-TANGGO dan sebagainya.
3. Jangan bercakap terlalu lama. Amalkan bercakap tidak melebihi 3 minit dalam satu over.
4. Jangan mengganggu perbualan orang lain. Jika ingin turut serta, sila ikut peraturan yang betul.
5. Sila tunggu 3 saat sebelum menekan PTT untuk giliran QSO.
6. Sila utamakan rakan ‘contact / breaker’ terlebih dahulu. Jangan lambat memberi peluang.
7. Sila guna simplex sekiranya rakan QSO berdekatan dengan anda.
8. Jangan menggunakan repeater terlalu lama. Seboleh-bolehnya, pendekkan QSO.
9. Jangan sekali-kali transmit repeater tanpa menyatakan ‘callsign’ anda.
10. Jangan sekali-kali transmit repeater hanya untuk menguji ia berfungsi.
KOD ‘Q’ YANG BIASA DALAM QSO :
1. QSL - ya, betul, sah, faham
2. QTH - lokasi, di mana lokasi anda
3. QSY - pindah frekuensi
4. QRO - tingkatkan kuasa pancaran
5. QRP - turunkan kuasa pancaran
6. QRL - sibuk
7. QRM - gangguan
8. QRT - keluar dari QSO dan tutup set
9. QRX - keluar dari QSO dan stand-by
10. QRZ - siapa memanggil ?
SLANG / JARGON BIASA DALAM QSO :
1. 73 - salam
2. 88 - salam peluk cium
3. Fundamentals - ibu bapa / mertua
4. Harmonic - anak
5. Homebrew - peralatan radio buatan sendiri
6. Jalopi - kenderaan lama
7. Rig - peralatan radio amatur
8. Saltmine - pejabat, tempat kerja
9. Silent Key - meninggal dunia
10. Ticket - lesen radio amatur
11. XYL - isteri
12. YL - perempuan muda, ham perempuan
13. Lima-lima - telefon rumah
14. Loceng Terbang - telefon bimbit.
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed