Diriku
Aku mula mengenali Radio Amatur pada tahun 2005. Aku mula berjinak jinak dengannya bermula 2007 melalui rakan-rakan dan pembacaan di internet. Aku menghadiri kelas Radio Amatur yang dikelolakan oleh Persatuan Radio Amatur dan Rekreasi Terengganu.
Aku memiliki set radio pertama tidak lama selepas itu dan hanya menjadi pendengar ( swl ) sahaja. Aku mengambil Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) pada 2007-2 ( 28 November 2007 ) dan berjaya. Yeeee aku lulus periksa.
bersambung…..ke episod 2
Episod 2
Hobi Yang Pelik
Radio Ham adalah suatu hobi baruku yang aku rasakan agak pelik??? Pelik kerana memerlukan lesen untuk aktif sebagai seorang ham, perlu menduduki peperiksaan untuk mendapatkan lesen dan perlu memohon lesen selepas lulus peperiksaan. Semua ini perlu dilalui oleh semua yang ingin menjadi seorang ham. Selepas permohonan lesen selesai kita diberikan satu callsign untuk membolehkan kita berkomunikasi melalui udara. Perbualan atau percakapan kita perlu mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pelik bukan….
Tidak seperti hobi-hobi yang lain yang tidak ada garis panduan khas atau peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Hobi-hobi lain, asalkan kita mampu dan berkenan boleh teruskan. Tidak bagi radio ham.
Episod 3 ( 26/04/08 )
Latar Belakang
Aku, dilahir dan dibesarkan di Bachok, Kelantan Darul Naim pada tahun 1970. Bersekolah rendah dan menengah di Bachok. Pendek kata dari kecil sampai habis sekolah di Bachok. Rumahku terletak tak sampai 2km dari bandar Bachok dan Pantai Irama.
Aku memasuki Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit sesi 1992/94 setelah tamat tingkatan 6 di SM Bachok. Sekarang aku mengajar di salah sebuah sekolah rendah di Kuala Terengganu. Dari mula posting sampai sekarang aku masih di sekolah yang sama.
Sudah 16 tahun aku di Terengganu. Dah dapat S.M.T. kata orang Terengganu, maksudku Sangkut Mek Terengganu. Anak baru 3 orang, isteri 1…. he…he…
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed